Awak di sana
sendiri
Saya di sini
sendiri
Pertemuan yang
masih dinanti
Satu perasaan
dalam dua jiwa
Menanti untuk
bersua
Awak bakal
mengukir senyuman untuk saya
Awak bakal
menjadi penghibur saya
Awak bakal menjadi
sebahagian dalam hati saya
Awak bakal muncul
dalam setiap khayalan saya
Saya serahkan
segalanya padaNya
Kadang hati
terasa terisi
Kadang hati
terasa sunyi
Saya tidak
punya jawapan
Bagi hati yang
punya soalan
Kita berpijak
di bumi yang sama
Kita bernaung
di langit yang sama
Bumi dan langit
seperti tidak mencukupi
Setiap pelusuk
terasa sunyi tanpa Awak disisi
Awak bakal
mengubati keresahan saya
Awak bakal
mewarnai kesepian saya
Awak bakal
berkilau di mata saya
Awak bakal
menyinar setiap kegelapan saya
Saya serahkan
segalanya padaNya
No comments:
Post a Comment