Cinta…
Bagaimana harusku
jelaskan.
Kerana perasaan ini tak dapat aku nak jawab.
Fitrah insani.
Ianya
sesuatu yang indah.
Ianya terlahir dari rasa.
Dan rasa itu Kurnia Ilahi.
Cinta…
Tak perlu meminta.
Tak
perlu memaksa.
Kerana rasa itu ialah memberi sepenuh rela.
Senantiasa rasa
bahagia biarpun diduga.
Kerana pengorbanan diperlukan dalam cinta.
Cinta…
Haruslah diharungi
samudera bagi membina mahligai yang suci.
Samudera yang penuh gelombang silih
berganti.
Semua ujian untuk menguatkan cinta.
Apabila hati mula berbicara.
Cinta…
Kadang-kala tak perlu
diucapkan dengan kata untuk ku selami hatimu.
Kerana tatapan matamu mengisahkan
sejuta cerita.
Akan ku bersama di dalam
susah dan senangmu.
Kerana kehadiranmu di dalam hidupku memberikan berjuta makna.
Kerana kehadiranmu di dalam hidupku memberikan berjuta makna.