Sunday 3 February 2013

Cinta


Cinta…
Bagaimana harusku jelaskan. 
Kerana perasaan ini tak dapat aku nak jawab. 
Fitrah insani. 
Ianya sesuatu yang indah. 
Ianya terlahir dari rasa. 
Dan rasa itu Kurnia Ilahi.

Cinta…
Tak perlu meminta. 
Tak perlu memaksa. 
Kerana rasa itu ialah memberi sepenuh rela. 
Senantiasa rasa bahagia biarpun diduga. 
Kerana pengorbanan diperlukan dalam cinta.

Cinta…
Haruslah diharungi samudera bagi membina mahligai yang suci. 
Samudera yang penuh gelombang silih berganti. 
Semua ujian untuk menguatkan cinta.
Apabila hati mula berbicara.

Cinta…
Kadang-kala tak perlu diucapkan dengan kata untuk ku selami hatimu. 
Kerana tatapan matamu mengisahkan sejuta cerita. 
Akan ku  bersama di dalam susah dan senangmu.
Kerana kehadiranmu di dalam hidupku memberikan berjuta makna.

No comments:

Post a Comment